Sunday, December 23, 2012

I'm gonna miss you!

Dua tahun lepas aku ada cerita mengenai alien-alien yang berkeliaran di Seri Iskandar.. guess what? now I pun da jadi salah satu dari alien-alien tu..OMG!!! it hard to believe but now I fall in love with Seri Iskandar. i'm gonna miss this place one day.. cepat kan masa berlalu? rasanya macam baru semalam aku sesat nak cari fakulti bisness dengan anis :D

betol la cakap orang, apa yang kita tak suka, benda tu la yang kita akan jatuh cinta satu hari nanti.. dulu aku asyik tertanya-tanya kenapa aku sorang-sorang tercampak kat seri iskandar ni, why me, why me and why me! but now, I got the answer. aku belajar untuk bangun selepas jatuh di sini, dan aku belajar untuk berubah ke arah yang lebih baik, seriously, aku banyak belajar kat tempat ni,. ..Thanks God! Syukur Alhamdulillah. everything happen for reason..

yang paling aku tak sangka, aku tak sangka yang aku akan dapat kawan-kawan yang sangat-sangat ohsem! aku datang dekat sini dulu, tak pernah bercadang pun nak cari kawan-kawan, aku da bersedia kalau tak ada kawan, berdikari seorang diri itulah aku..lagi senang sorang-sorang kan?aku da biasa macam tu pun.lagipun aku bukan jenis yang percaya dekat orang.lebih baik bergantung dekat diri sendiri, so no need la kawan ramai-ramai ni..kawan gitu-gitu je sudah la. tapi sekarang ni baru aku sedar happening giler kawan ramai-ramai..lau busan-busan boleh ajak gadoh :D  aku dapat apa yang aku betol-betol tak sangka. I'm proud to say that sekarang ni aku da ade "geng" sendiri. mana-mana pergi pun berempat.cool kn? ;) sebenarmya bagos kalau bergantung dekat diri sendiri, tapi kadang-kadang tak semua benda aku mampu buat sorang-sorang ( walaupun kadang-kadang aku pura-pura jiwa kental dan bajet yang aku boleh hidup sorang-sorang) and benda tu akan nampak lagi cantik kalau kite trust each other, susah senang macam satu family..benda tu aku sedar dekat sini, di Seri Iskandar, ohsem kn? hihi cantiknya kehidupan yang Allah bagi..




I'm not a good friends, aku tak pandai nak berpura-pura, aku marah bila nak marah, aku emo tak tentu pasal without pk pasal perasaan orang lain, bercakap yang tak pernah nak jaga hati orang. tapi aku jadi diri aku. mulut memang jahat tapi dalam hati i love you guys sooooo much! my best friends ever..

# one day bila aku tengok balik gambar-gambar ni..mesti aku nangis windukan korang, friends till the end!.. btw, wish me luck for final! :)

Tuesday, November 13, 2012

what's on your mind?

Bila terlalu ikutkan perasaan, macam-macam boleh jd..
turun naik dalam sesuatu perhubungan bergantung kepada individu untuk mengawal keadaan..
manusia mungkin akan berubah kerana persekitaraan yang menyebabkan perubahan tu berlaku..
as long as we try harder to hold for each other nothing can change.........
thanks God, we still belong for each other :) 


# I'm gonna miss him :(

Wednesday, October 31, 2012

Dear Diary..

Lately kepala sangat serabut dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya difikirkan. sebabkan bende-benda yang tak sepatutnya tu, membuatkan diri sendiri sakit hati, kecil hati, emosi tak tentu pasal dan sebagainya.. mungkin benda tu terjadi disebabkan perubahan hormon yang tidak stabil., atau mungkin juga aku sangat bosan time cuti so aku menghabiskan masa dengan memikirkan perkara-perkara yang tah pape.. 

Mood meng"update" blog pun semakin lama, semakin hilang..mungkin aku patut berhenti je dari dunia blogging ni..dan pembaca-pembaca blog aku akan bersedih..eh, macam kau hot je dalam dunia blogging ni kan, kikiki.. ;p 

Aku sebenarnya sangat stress dengan diri aku.seorang yang tak tetap pendirian..*bila kau nak berubah ni nita! da la tak tetap pendirian, pastu kadang-kadang sangat degil dan tak boleh terima pendapat orang lain. ok, disebabkan perangai tu, aku da menyusahkan diri sendiri, seriously! aku menjadi punca ke"stress"an aku. kalau aku diberi peluang, aku nak menjerit sekuat hati tapi tak tahu nk jerit kat mana. tengok dalam tv macam best kalau dapat jerit tepi pantai, tapi malu la pulak kalau nk jerit tepi pantai kn..sapa ada idea nak jerit kat mana boleh la share dengan aku..

Sekarang ni da masuk bulan november, bulan NOVEMBER ok! dan aku rasa aku da siakan banyak masa. menjadi lebih pemalas di semester akhir di Seri Iskandar. mungkin aku terlalu excited untuk meninggalkan bumi perak sampaikan aku abaikan banyak perkara. mungkin jugak aku da lupa yang CGPA aku cukup-cukup makan jew, da bergoyang-goyang tu tunggu masa nak jatuh je.. kalau jatuh mama da tak boleh bangga dengan aku ;'( aku akan sia-siakan masa aku 2tahun setengah belajar di perak tanpa dapat apa yang aku nak..OMG!! 


Apa yang salu aku fikirkan sekarang adalah macam mana nak kuruskan badan. mungkin kerana aku da tak tahan tengok perot aku yang berlipat-lipat macam kueh lipat..eh, ada ke kueh lipat? kerana aku tak dapat menahan nafsu makan aku terhadap ayam goreng menyebabkan badan aku pun tak lama lagi jadi macam ayam. =.= aku sangat berharap satu hari nanti aku akan dapat makan ayam goreng dengan banyaknya tanpa perlu memikirkan masalah gemok. 


Di usia 23 tahun, bila buka fb tengok kawan-kawan sekolah meng"update" pasal anak, pasal suami..duk sembang gigi anak da tumbuh belum, anak da boleh jalan belum, tapi aku hanya boleh menbayangkan jela rupa anak aku tu nanti macam mana..mungkin masa aku baru sibuk nak sembang sal gigi anak nak tumbuh kawan-kawan aku da sembang pasal nak anta anak kat sekolah mana,exam anak macam mana dan sebagainya.. aku lambat atau dowg yang cepat sangat???

# kehidupan seharian yang hambar kadang-kadang membuatkan aku bosan menjadi aku. bersyukur :)





Sunday, September 16, 2012

rasa

Kesalahan perempuan yang utama apabila dia terlalu menyayangi seseorang lelaki..
mungkin akan dianggap bodoh, ye mungkin..
terlalu menyayngi sehingga kan terpaksa mengorbankan perasaan sendiri dan menyakiti hati sendiri.
lelaki tidak akan pernah tahu bila air mata seorang perempuan itu akan jatuh..
sesuatu yang lelaki tidak mungkin akan tahu..
lumrah seorang perempuan, ingin sentiasa dimanja dan diberi perhatian.

mungkin rasa sakit ini hanya sementara dan dugaan dalam sesuatu hubungan..
disebalik rasa sakit ini akan ada rasa sayang, rindu dan rasa yang sangat memerlukan..
rasa yang sukar nak digambarkan dengan kata-kata..
aku tak menyesal dengan rasa ni..
rasa yang datang dariNya, mungkin sebagai ujian dalam hidup ku atau mungkin yang sudah tertulis..



# aku mungkin tak sesempurna dan tak secantik gadis lain, terlalu banyak kekurangan sehingga malu dengan diri sendiri.  tapi rasa ini mmg ikhlas dari hati ..kalau la dia tahu..

Tuesday, September 4, 2012

dugaan

Aku tak paham kenapa..
yang pasti nya aku tak boleh duduk dekat rumah ni lama-lama..
tiap kali balik rumah mesti tak boleh tidur malam..
ni baru malam ketiga dekat rumah lepas abis intersasi..
tapi badan aku ni, Tuhan je yang tahu..
badan semua da gatal-gatal..
Ya Allah, penyakit apa la ni..

Apa lagi aku nak buat?
da tukar bilik,cadar da tukar hari-hari, tapi sama je..
nak bagitahu mama, bagitahu abah, sama je..
dowg pun mesti da muak dengar..=.=
abah bagi ubat macam-macam pun bukan ada kesan apa-apa pun kt badan aku ni..
sama jew =.=
nak ngadu kat sapa-sapa pun mesti orang da bosan da dengar..
penyakit yang sama :(
mungkin banyak sangat dosa yang aku da buat, sebab tu aku dapat penyakit macam ni ...

# tapi yang peliknya, bila kat perak, kat shah alam dulu, aku okay jew...mungkin aku tak boleh duduk dekat rumah ni lama-lama. nampak macam tak serius, tapi diri yang tanggung ni rasa macam nak nangis jew :(


Monday, August 20, 2012

dulu-dulu ..

Dulu-dulu, masa zaman budak-budak sampai la zaman sekolah menengah, tiap kali raya mesti stress..=.=
abah mesti ajak pusing-pusing  kampung, seriously satu kampung dekat kuala terengganu tu *tak ingat ape nama kampung tu 

masa tu abah cakap, selagi tak kahwin, anak-anak abah wajib kena ikut abah beraya..
and masa tu juga, aku,abang dengan kakak duk cakap bila laa agaknya boleh kahwin..tak sanggup da nak beraya macam ni..sangat penat...tapi abah sangat penting kan hubungan keluarga..
sekarang, aku sangat rindu kan time-time tu..rindu nak berkumpul satu family and beraya pusing-pusing satu kampung..da tak ingat bila agaknya kali terakhir kami satu family dapat berkumpul ramai-ramai ..masing-masing da ada family sendiri :( 
baru sedar kenapa abah sangat tekan kan hubungan keluarga dan berkumpul ramai-ramai antara kami adik beradik..

Dulu-dulu aku tak suka balik terengganu..
aku nak kampung yang cantik, tapi kampung aku.....*kalau berlari atas rumah confirm boleh runtuh
bilik air pun tak ada, makanan sedap-sedap tak ada, banyak nyamuk dan macam-macam binatang lagi ada..*tak lama lagi boleh jadi zoo 
tapi sekarang, da rindu nak balik sana..
kalaulaa arwah nenek dengan atuk ada lg..... :(

* manusia memang tak pernah menghargai apa yang ada..bila tak ada, baru rasa betapa penting nya semua tu..teruk nya nita ..


Wednesday, August 15, 2012

kempen berpakaian sopan di tempat awam

Nita telah di jemput untuk join kempen ini oleh azrul azmi .. 
nak join, sila klik nama beliau..
tajuk yang menarik tapi nita tak tahu nita layak atau tak nak join kempen ni..
nita dulu pun tak tutup aurat jugak.. =.=
terasa tak layak pulak nak tegur orang kalau diri sendiri pun tak sempurna..

nita bukan nak menulis apa yang nita tak puas hati, nasihat atau saranan kepada orang yang tak menutup aurat ( objektif kempen ni)..
nita anggap entry ni lebih kepada peringatan diri sendiri..

orang yang seksi macam mana pun, dalam diri dia mesti pernah terdetik untuk berubah..
mungkin diorang nak berubah tapi mungkin ada sebab yang menghalang perubahan ini..
mungkin mereka-mereka ni da biasa dengan cara pemakaian macam tu, tak tahu macam mana nak mula atau pengaruh kawan-kawan yang menghalang..
orang cakap kalau da terdetik dalam hati nak berubah, jangan tangguh-tangguh lagi.
hidayah Allah kita kena cari..

Once kita da berubah baru kita sedar betapa bodohnya kita dulu..
bila kita tak menutup aurat lelaki akan dengan selambernya pegang-pegang..
even dengan member-member lelaki yang biase pun dorang akan selamber jew peluk-peluk sume.
mungkin bagi lelaki perempuan seksi ni open minded..
yes! open minded, but for me..women need to be respected..
bila kita bertudung, kita akan lebih di hormati oleh kaum adam :)

Pada nita, kita tak boleh paksa suruh orang menutup aurat sepenuhnya.
semua tu dari hati..
kalau paksa mungkin akan bertahan 2 3 hari maybe..
mungkin kita boleh berdoa semoga lebih ramai dapat hidayah Allah..
pada yang masih belum bersedia untuk tutup aurat ni, mungkin boleh letak kan sedikit rasa hormat pada orang lain.jangan buat orang lain terseksa dengan pakaian anda ^^
buat apa cantik di mata manusia, kalau tak cantik di mata Allah :)




# nita sendiri pun masih banyak lagi y kena di perbaiki.. Sorry kepada penganjur kempen ni, nita da melalut-lalut. nita rasa nita da lari dari objektif dia =.=

dari hati

Bulan ramadhan tak lama lagi akan berlalu meninggal kan kita..
di pendekkan cerita, bulan ramadhan ni, dalam gembira ada sedih..
gembira sebab boleh duduk dekat and berbuka dengan incik bf, tapi sedih sebab kena puasa jauh dengan family..
rindu nak bersahur and berbuka kat rumah.. :(
salu kalau bulan puasa abah beli ayam golek..
tak dapat makan lagi bulan puasa ni * sedih sgt :'( 

mungkin ada hikmah kenapa nita kena ambil subjek ekonomi ni dua kali..
mungkin nak bagi nita peluang shopping raya dengan incik bf tahun ni..hihihi ( gediknya nita =.= )
balik rumah buat kuih raya untuk mama and shopping raya dengan mama pulak :D 

# nita mengidam nak makan ayam kfc tapi tak dapat lagi..balik nanti nak suro abah beli ayam golek, ayam tempayan and ayam goreng banyak-banyak!! yumm,yummm :D

Monday, August 6, 2012

Ramadhan 2012


Dua tahun lepas ramadhan aku di Swiss Garden Resort & Spa Kuantan..
tahun lepas ramadhan aku sibuk berkerja di Bazar ramadhan Taman kerang..
tahun ni ramadhan aku di UiTM Shah Alam..
tertanya-tanya di mana la ramadhan aku tahun depan..kalau umur masih panjang.....





# semakin dewasa, semakin takot kalau kena berjauhan dengan keluarga =.=

Tuesday, July 24, 2012

homesick!

3 hari di Shah Alam.
Semuanya okay..tapi seriously da rindu nak berbuka kat rumah. apakan daya :(
sedang melalui hari-hari di UiTM Shah Alam..
tak de lah seronok sangat dekat sini.
yang paling geram bila broadband celcom tak boleh guna sangat kat sini.
boleh bayang tak macam mana?
B.O.R.I.NG !!! 


Oh God, berada di Kuantan adalah perkara yang paling best! baru aku sedar :(


Sunday, July 15, 2012

Exam, Dating, Shah Alam

Yeahhh, sangat seronok setelah bertukus-lumus dengan final exam..
hari-hari yang sangat stress untuk dilalui..
seperti biasa, susah nak jaga hati semua orang
dan seperti biasa juga, nita tetap nita :)

then, dating untuk hilang kan stress..
seperti biasa juga dan juga, boyfriend adalah tempat terbaik untuk hilangkan stress dan bergembira..
bila balik rumah tengok telatah anak-anak buah, jumpa mama dengan abah, rasa macam tak mau pegi belajar da, nak duk rumah je, hilang segala beban :)

tapi stress akan bermula bila bermulanya short kos die UiTM shah alam..:(
tiba-tiba rasa tak mau pergi, tapi da validate :(
da terbayang-bayang bulan puasa nanti da tak dapat makan sedap-sedap kat rumah..
mama mesti sedey tengok anak dia akan makin kurus nanti =.=

laut adalah tempat terbaik untuk hilangkan stress dan tenangkan diri

# da berhabuk blog ni, lama da tak update ..

Sunday, June 24, 2012

happy birthday to me! :)



Hari ini genap umur nita 23 tahun! tapi nita nampak macam still 18 kn? muka babyface, nak buat macam mana  haha nita sangat perasan ^^
first time nita dapat kek pisang sempena hari jadi..sangat terharu..sikit lagi nak nangis :'(
dari sapa lagi kalau bukan dari housemate nita yang gila-gila tu..
seriously,nampak la keikhlasan diorang, I really appreciated it :D


ni la hadiah istimewa dari kawan-kawan nita ;p 
sayang korang ketat-ketat :)

then, my little sister and brother call, wish happy birthday, walaupun jauh di sana, dorang still ingat..mama dengan abah tak ingat macam biasa. kalau kat rumah pagi-pagi lagi nita da buat announcement ni  :D

hubby tetap lambat macam biasa. tak de la lambat sangat, lambat 4 minit, orang lain da wish dulu..
tapi tak pe, hadiah nanti nita claim ^^

for my best friend, memang tak pernah lupa birthday nita..love her t0ooo :)

# kalau hari-hari,hari jadi nita kan bagos :D







Thursday, June 21, 2012

happy for him


Good news for him and good news for me! 
boyfren tersayang da dapat keje..yeahhhhh :D
tapi sedih jugak, sebab dia tak dapat rasa jadi penganggur terhormat lama-lama kat rumah ^^
Alhamdullilah, baru habis belajar terus dapat keje..memang rezeki kam0oo la sayang..
congrates dear :)

# lepas ni da boleh kumpul duit nak kahwin laaa .. (gatai nya nita =.= )
happy for him :D





Tuesday, June 19, 2012

Stress


Semakin dekat dekat final exam, semakin malas..
wake up nita! 

# kalau la boleh lari jauh-jauh, tinggalkan semua masalah, segala assignment, exam, test, dan segala-segalanya, kn bagos. I need some entertainment :(

Wednesday, June 13, 2012

Harapan

Bila kita memiilih untuk bercinta bermakna kita telah bersedia untuk disakiti atau mungkin akan menyakiti.
walaupun kita tahu risiko yang bakal kita hadapi, tapi kita tetap memilih untuk bercinta..
mungkin bukan pilihan kita, perasaan ni datang dengan sendiri.

Susah nak digambarkan perasaan tu..
disebalik kegembiraan, rindu, sayang, terselit juga rasa takut, risau, dan sedih..
mungkin kerana perasaan takut kehilangan si dia.
mungkin juga salah diri sendiri kerana terlalu meletak harapan yang terlalu tinggi..
sesuatu yang tak dapat di duga =.=

Bukan kerana tidak percaya,
tapi kerana perasaan sayang yang semakin dalam..
serahkan semuanya pada takdir..
senang untuk mengungkapkan tapi kadang-kadang susah untuk merealisasikannya.

ikut hati mati, ikut rasa binasa.
segalanya sudah tertulis..
kita hanya mampu merancang, tetapi Tuhan yang menentukannya..
hanya mampu berdoa untuk mendapat kesudahan yang baik seperti yang kita rancangkan :)





SEGMEN: TINGKATKAN VISITOR DAN FOLLOWERS VERSI XTRA


join segmen 

Tuesday, June 12, 2012

far far away

Sekejapnya masa berlalu..
selepas 5 tahun..
dia da berjaya, dalam bidang medic maybe :)
ditemani seorang suami..
tapi aku masih lagi mencari dan mengejar sesuatu yang tidak pasti..
melihat kejayaan orang, malu dengan diri sendiri..
5 tahun lagi, 10 tahun lagi..
apa yang akan terjadi? 

Friday, June 8, 2012

wishlist

Perkara-perkara yang cik Nita Ali teringin nak buat ...

MAKAN

Alangkah nikmatnya dunia kalau nita dapat makan sepuas-puasnya makanan yang sedap-sedap tanpa mengira berat badan dan bajet untuk makan =.=


Ni asal nak makan je terpaksa kira duet dalam dompet dulu. lepas tu terpaksa kira berat badan yang naik bulan ni. semalam baru makan aiskrim magnum, rm3.90. ok, sekarang bajet da lari, nasib student di akhir-akhir sem macam ni la =.=  kalau la nita tak payah pikir semua ni alangkah bahagia nya..

SHOPPING

Alangkah bahagianya kalau dalam masa 1 hari nita dapat beli 3 pasang kasut, 10 helai baju, 4 handbag baru. beli shawl banyak-banyak, accessories cantik-cantik ..ada tak agak-agaknya hari macam tu ey? shopping without thinking anything. ada orang nak sponsor tak? =.=


SPA

Merehatkan diri sambil buat facial treatment, massage, manicure, pedicure, mandi susu,mandi bunga, mandi macam-macam larh! waaaaa, indahnya dunia ^^



SUZUKI SWIFT

Dapat pergi shopping, makan-makan sambil drive my dream car..  maybe kereta ni nanti nak mintak kt bakal suami, as a hantaran :D kereta yang kecik dan comel.sesuai untuk nita yang kecik dan comel juga,ok, sangat perasan kan nita.. :)



SHAHEIZY SAM

Yang ni kalau tak dapat pun tak pe, lau dapat tu rezeki namanya ^^ bukan apa pn, teringin nak pergi makan malam dengan sam..( macam la sam teringin nak makan malam dengan aku kikiki )
tapi ni kena mintak kebenaran dengan incik boyfren dulu la..hehe


ok, sekian :)

Wednesday, June 6, 2012

Beauty and the geek


Cik nita ali pergi dinner ^^





bersama kawan-kawan yang HOT!! 


tadaaaa, my classmates. sangat sporting, sangat best  :)

# kan best kalau ada duit banyak, banyak, banyak, boleh beli baju baru, semangat sikit nak pergi dinner :( 
* jangan macam ni ye nita  =.= bersyukur apa yang ada :)

Sunday, June 3, 2012

my dad my HERO

Orang cakap, ayah lebih susah nak lafazkan sayang, atau nak cakap sayang kan anak-anak dia berbanding dengan seorang ibu..
tapi, abah nita lebih selalu cakap sayang berbanding dengan mama.
mungkin mama lebih pandai tunjuk.macam tiap kali nak pergi mana-mana, cium mama tu memang wajib la.
kalau abah, maybe masa sekolah rendah atau masa budak-budak la kot cium abah kalau nak pergi mana-mana..
tapi bila dah besar ni, nita selalu je cium pipi abah :D
because i love u abah :)

mungkin abah tak tahu apa-apa. abah selalu tanya..

" keputusan exam nor ( nama manja nita ali ) ok tak?"

" ok, nor dapat dekan :D "

" dekan??? abah tak nak nor dapat dekan, abah nak semua dapat A.biar dapat 10A.belajar tu jangan main-main bla bla bla bla......."

" haaaaa???"

Tak pasal-pasal nita kena marah sebab dapat dekan, and mama mesti gelak-gelak time tu  =.= tapi lepas tu kalau abah tanya lagi result macam mana, nita mesti jawab semua subject dapat A hihihi.

Abah tak tahu dekan tu apa, pointer tu apa, cik CGPA, GPA tu apa. kadang-kadang cik nita ali ni pun tak tahu macam mana nak terang kan dekat abah. tapi  tak pe, niat abah nak tengok anak-anak dia dapat result yang ok :)

# abah cakap bila nor da kerja kena bagi abah atleast rm1000 sebulan. demi abah pape pun boleh lah..hehehe

Wednesday, May 30, 2012

hijrah

Kalau orang tanya, bila nak berubah aku mesti jawab, " bila da kahwin, insyaAllah "
da plan da nak kahwin nanti nak pakai gaun cantik-cantik, yang seksi-seksi..
bila tengok orang rambut cantik,sangat jeles, aku pun g saloon jugak..tengok orang pakai short skirt, nak pakai jugak..tak tahu la apa nak jadi masa tu..
padahal aku lahir dalam keluarga yang cukup dengan ilmu agama..
mama dengan abah, da bagi cukup ilmu agama dekat aku..
salah aku yang tak tahu nak pikir masa tu :(

bila baca cerita artis-artis yang da berubah pakai tudung ni, aku pun ada cerita aku..
seriously, kerana satu mimpi, berbulan-bulan hati aku tak tenang..
dalam mimpi tu, aku mimpi aku da mati...macam real sangat..
tempat tu gelap sangat, sempit..
nak nangis tak boleh, nak jerit pun tak boleh..
tak tahu macam mana nak cerita perasaan tu..
masa tu aku cuma harap aku ada satu je lagi peluang untuk hidup..
aku tak nak mati lagi..
syukur sangat aku masih hidup..

sejak dari tu, hati jadi tak senang..
banyak kali aku cuba halau jauh-jauh perasaan tu..yela, mainan tido jew kan..
tapi tak boleh..
masa tu terpikir nak berubah, tapi aku tak tahu macam mana nak mula..
aku da lama da tak pakai tudung, tudung pun tak ada..
macam-macam aku pikir, nanti kalau tiba-tiba pakai tudung, kawan-kawan cakap apa pulak.
tapi aku kuat kan hati.mula-mula tu ada la jugak orang cakap-cakap, perli-perli sebab tiba-tiba pakai tudung, tp akhirnya aku berjaya :)
bila niat betol-betol ikhlas kerana-Nya, ibadat yang lain pun akan lebih terjaga..

sekarang hati jadi lebih tenang, dan rasa lebih selamat bila bertudung..
da tak ada da pakai seksi-seksi, cara pandangan orang pun da lain
patutla orang cakap, lelaki lebih hormat perempuan yang jaga aurat..thanks Allah.. :D

tapi banyak lagi kelemahan aku..
pakai tudung tapi kadang-kadang baju masih lagi tak sesuai..( nak buat macam mana, dulu jahil sangat mana pernah beli baju sopan-sopan, sekarang kn da problem =.= )
semua tu akan di improve kn..insyaAllah.

aku pernah terbaca, ibadat orang yang tidak menutup aurat, tidak akan diterima,betol ke macam tu?
tak tahu la berapa banyak da dosa-dosa yang lepas..
sekarang pun aku masih banyak lagi kelemahan..
banyak lagi dosa yang aku buat antara sedar atau tak..

bila difikir-fikir balik,
aku tak sangka yang aku akan berubah secepat ni..
tapi aku tahu semua ini sebab Allah masih sayangkan aku..
doa mama da termakbul :D
nak tahu something tak?
sekarang mama selalu puji nita. thanks mama..yang penting mama happy :D

# cerita ni sekadar berkongsi pengalaman  :)

Monday, May 28, 2012

segmen bloglist : Saya blogger newbie


sebelum tido, join segmen FR dulu..



best part of my life

Banyak perkara yang best-best jadi dua tiga hari ni.. :) ok, nk share jugak, tak kira! 

As one of our assessment, we have to handle training program at SMK Dato Maharaja Lela. the task was very tough for us. 

Nita, as a one of the trainer :)





but the result was very amazing :D student yang sangat aktif dan sporting..tak kesah da, lecturer suka ke tak as long as ktowg happy :)

selepas itu, dating dgn incik hubby tercinta ^^


dan berjumpa dengan adik wanniey verra ^^


ok, part yang best-best da abis..lepas ni akan berperang dengan test, assignment dan final exam =.=
wish me luck :)

Thursday, May 24, 2012

wedding

I got 3 wedding invitation on 2nd June 2012, and 1 invitation on 29 may 2012..
ok, semua orang nak kahwin dan nita je tak tahu lagi bila..
seriously, sangat jeles =.=
and baru sedar yang sebenarnya umor da makin meningkat..

orang cakap, adik kahwin dulu kakak berat jodoh..betol ke??
i dont think so..
but my lil sister da tak sabar-sabar nak kahwin..
dengan senang hatinya, cik nita ali da prepare da nak mintak apa nanti ^^
tapi tak mau mintak yang mahal-mahal pun, sebab nita ada terbaca kat sini..

"islam tidak menggalakkan adat melangkah bendul ini dikenakan syarat-syarat yang ketat seperti memberi hadiah atau persalinan serba satu sepertimana yang si adik terima. kakak haruslah memahami dan merestui niat suci adik dan bukannya mengambil kesempatan"

ok, i'm a good sister! (nangis adik aku kalau baca ni ^^ )


but for me, I dont mind kalau adik nak kahwin dulu ( padahal dalam hati jeles ckt )
I still have many things to do before marriage..

# kepada kawan-kawan yang akan kahwin xlama lagi, selamat pengantin baru..nita tak datang kalau kawan sekolah punya wedding ni, sebab nita malu nk jumpa kawan-kawan lama... :(

Sunday, May 20, 2012

Hati

Suatu masa dahulu aku tak percaya pada istilah "BFF" or best friend, kawan sehidup semati..ada ke??
ok,sekarang  memang ada, my BFF ^^

dulu aku ada kawan baik,(maybe)..
kami sekolah sama-sama, membesar sama-sama, share masalah sama-sama..
cuma maybe aku yang terlalu meletakkan high expectation pada kawan baik aku (yup, my mistake)
ofkos, aku mengharapkan kawan yang boleh memberi semangat, sokongan dan bukan melemahkan sahabat nye..
sampai satu tahap, aku rasa dia tak layak untuk jadi kawan aku..setiap manusia ada kelemahannya,mungkin salah aku tapi aku juga manusia yang punya hati dan perasaan.

betol la apa orang cakap, mulut cakap lain, hati cakap lain..
walaupun aku da tekad, da tak mau ambil tahu pasal dia, tapi aku tetap terfikirkan dia..
lately aku selalu terfikirkan dia..macam mana nak halau perasaan ni?
rupanya hati aku masih belum sekuat yang aku sangkakan..
walau macam mana jahat pun mulut aku, tapi jauh dalam hati aku still risaukan dia..
kenapa kena ada perasaan macam ni??
maybe bcoz, aku sayang dia sebenarnya..

#ok, da abes membebel..esk test..bye!

SEGMEN SAYA NAK JOIN BLOGLIST KORN

Dulu nita tak pernah pulak ambik tahu sal segmen-segmen or contest apa-apa yang blogger-blogger ni buat.
tapi macam bes jew kalau dapat join ^^


nak join jugak?? click here...
tarikh tutup sampai 25 mei jew tauu..
30orang jew..siapa cepat dia dapat :)

Thursday, May 17, 2012

Bahaya tuala wanita

Ok, hari ni nita terbaca satu info yang sangat-sangat berguna..
selepas ini nita kena buat bajet balik tiap-tiap bulan kalau nk beli tuala wanita a.k.a pad..
sebab nita salu beli yang packed double yang paling murah sekali...
da bende pakai buang buat apa nak beli yang mahal-mahal pun kan =.=
tapi sebenarnya sangat BAHAYA..
pasni kena pilih betol-betol

nak tahu selebihnya, baca kat sini ^^

# nita rasa kan elok jugak kita pakai kain je tiap-tiap bulan macam org dulu-dulu tu..dapat menjaga kesihatan dan  yang paling penting sekali menjimatkan duet..amacam,ok tak? :D

pink vs blue

Ibu-ibu yang baru dapat baby or yang tengah pregnant, mesti kalau baby boy jew mesti beli baju warna biru, baby girl jew mesti pink..warna lain tak de?merah ke, hijau ke, purple ke,warna pelangi kew, kan comel tu ..

lau kt toilet pun, toilet perempuan jew mesti warna pink, yang lelaki warna biru....bosannyeeee....=.= ( but lucky I am bcoz I love pink ^^ )

kat singki basuh tangan pun nita ada nampak separuh pink separuh biru.. ( maybe sebab dia nk asingkan, perempuan dgn lelaki basuh tgn )

is it pink only for ladies?

mostly la macam 2,
boy = biru
girl = pink
( xtahu la mana asal usul nya ni)

Tapi kalau girl pakai warna apa pn still nampak kiut, warna biru pun girl pakai jugak..
masalahnya, lelaki mengada-ngada sikit,
warna pink xmau pakai,..
ada yang cakap warna pink macam perempuan..
mana dowg blaja ni??
abes kalau laki ada yang pakai pink 2 da jadi perempuan kew? (confius cik nita ali....... )

# but seriously I think guy wearing pink is totally super duper kiut! :D ( pink lover mcm ni larh ) senang jadi perempuan, semua warna pun boleh pakai, cantik jgk hehe

Monday, May 14, 2012

Lelaki dan Bola

Apa kelebihan bola berbanding kami-kami ( gadis-gadis) y comel-comel dan ayu-ayu ni?=.=
bila tiba musim bola, i'm sure gf-gf mst susah hati..
ketika itu gadis-gadis tidak akan dilayan, atau di beri layanan kedua..sgt kesian :(
dan sesetengah gadis juga akan turut memaki siapa y mencipta bola, y menjadi punca kepada segala-galanya (hahaha)
ketika itu juga akan berlaku musim bergado atau berlaku sawan putus ( sekejap putus, pastu sambung, putus, sambung balik) dan bermacam-macam lagi perkara yang tidak dapat dielakkan..kecian...

apa kelebihan bola??
mungkin kerana bentuknya yang bulat, dan kami (gadis-gadis) xsebulat bola, sedang-sedang jew, kiut-kiut gitu..^^
tp walaupun kami (gadis-gadis) mempunyai pinggang y ramping namun bola tetap menjadi pilihan utama lelaki-lelaki..=.=

tips-tips untuk membuat lelaki bertambah sayang ...
1)......
2) bagi sokongan pada mereka untuk terus tengok bola @ teman mereka tengok bola

bagaimana pula...

tips-tips untuk membuat perempuan bertambah sayang...
1)......
2)......
3)sanggup tinggalkan bola demi si dia

Oh God! mungkin sebab itu makin bertambah golongan gay dan lesbian atau hubungan songsang di dunia ini =.=


# Tapi xsemua perempuan y xminat bola.ada y sama-sama layan bola bersama pasangan masing-masing (bahagianya mereka ). kepada pasangan y selalu bergado pasal bola, dun worry, just remember, " we complete each other"..nasib bek dia g tgk bola, lau dia g tgk perempuan len, xke naya ^^

Saturday, May 12, 2012

just for you

Mama saya seorang guru...
beliau seorang guru yang garang dan berdedikasi ^^
beliau juga seorang isteri dan seorang ibu yang paling baik untuk keluarga kami ..
bertuahnya kami <3

selamat hari ibu, mama.. :)

# buat ayat mcm bt karangan time sekola2 dlu jew...syok jgk ;)


Segmen : 50 ++ Blogger in blogwalking list [ begin 10 may ]


Jodoh

Jodoh adalah rahsia Allah,kita merancang, dan Allah pun turut sama merancang,
cuma kadang-kadang kita takot dengan rencana Allah..

sebab ape,

Sebab kita tidah pernah tahu apa yang bakal berada di hadapan kita kelak, dan apa pengakhiran yang Allah inginkan buat kita. Buat hidup ini. Tiba - tiba hati berbisik, sebenarnya perancangan Allah mengatasi perangcangan kita sendiri..
Buat apa terlalu memikirkan sangat, kita laluilah kehidupan seperti biasa.
permulaan itu bermula dengan kita, dan pengakhirannya Allah telah tetapkan buat kita..
Berdoalah semoga pengakhiran itu sama seperti yang kita rancangkan dan terbaik untuk hidup..
Belum dikatakan dia jodoh kita andai "AKAD" tidak tertunai. kadang pertemuan itu ada, namun jodoh itu masih menjadi rahsiaNya lg <3



sumber : copy paste dari FB ^^

Friday, May 11, 2012

cerita satu malam ~ dari lubuk hati ;)





Aku masih belum berjaya, jauh lg nk berjaya, tp aku akan pasti kan aku akan berjaya suatu hari nanti..
kepada hamba-hamba Allah yang pernah pandang rendah kt aku suatu ketika dulu, sila buka mata anda luas-luas, sebab owg yang bodoh, yang tak ada apa-apa mcm aku ni akan BERJAYA satu hari nanti! 
aku xpunya apa-apa,
aku xmampu ubah apa-apa kejadian Allah..
lumrah dunia, yang cantik akan selalu disanjung, yang hodoh akan selalu dihina,
aku lahir sebagai perempuan yang xcantik, yang bodoh, yang lembab yang selalu diketawakan, yang selalu dipandang rendah..
tapi aku akan pastikan suatu hari nanti, mama dan abah akan tersenyum bangga ada anak mcm aku, tu cita-cita aku sejak mula-mula masuk universiti tahun 2007 dulu.
aku percaya pada prinsip, susah-susah dahulu, senang-senang kemudian,
syukur Allamdullillah, Tuhan masih bersama aku..:)

thanks the past for the better future! InsyaAllah ^^

# kepada individu-individu yang pernah ketawakan saya, pandang rendah dan sewaktu dengannya, jutaan terima kasih diucapkan sebab anda-anda semua lah kekuatan saya selama ini. Semoga anda-anda semua pn turut berjaya, jangan pandai nak hina owg len jew :)

Monday, May 7, 2012

Bila nita da dewasa :D

Time nakal- nakal dulu, mama xbg kua ikut pintu dpn, kua ikut pintu belakang,
mama ckp jgn balik lmbat, kita ckp mama ni xsporting laaa..
mama ckp jgn pkai seksi-seksi, jaga aurat,kita ckp mama ni xphm langsung jiwa remaja..
mama 2 la, mama ni la..mcm-mcm duk mengomel sal mama..

Masa dpt tawaran masuk u, dapat blaja jauh-jauh,
masa 2 nk jerit kt satu dunia..
"yeahhhhhhhh, i'm freee"

Nk kua xmau balik pn xpe, nk pakai bju apa-apa pn xpe,nk g mne pn xksh laaa,
mama bkn tahu pn..
masa 2 la, baru nk rasa kebebasan, xd owg nk kongkong-kongkong..

Bila umur da makin meningkat,
bila pemikiran da makin matang,
baru sedar, ya Allah, byk nye dosa aku pada mama..
lau dpt undur balik masa, aku xmau jd anak y nakal..
nk ikut ckp mama ;(

Klu dulu, xsabar-sabar nk duk jauh-jauh dari family,
tp sekarang xsabar-sabar nk abes blaja, nk duk celah tiak  mama.. :D
t da kawen pn nk duk ng mama, xkire!

# semakin dewasa, semakin dapat berfikir dgn lebih baik..gud nita ^^ kn bgos lau mama baca entri ni, baru mama touching ckt ;p

Friday, May 4, 2012

ily kurang ckt dr b ;p

Entry ni di buat khas untuk my best fren forever! cewahhh.. ;p 
hari-hari mkn same-same, stdy sama-sama, bt asgmt sama-sama, gosip sama-sama, gado sama-sama, tdo jew xsama-sama ( laen-laen katil ).

walaupun dia ni ex dip akaun, pakai tudung bawal libas-libas, tp sbnrnye dia ni gile-gile jgk.ofkos la kn, lau x cne nk jd besfren nita ali ^^ one more thing, dia sgt-sgt HOTTTT!..sebab kan dia, nita da glamer skali..thx to her! :D 
kjayaan dia y terbesar,dia dapat tahan dengan nita y suka ckp lepas, mulut jahat ckt kdg-kdg ( yes, i am!), y xreti nk mngemas, ske sepah-sepah, y gedik mgada-mngada, syabas my dear! ;p

ok, nti da abes blaja, lau nita baca entri ni balik mst gelak sowg-sowg ^^ i gonna miss u a lot! i'm swear! ko mst terharu kn baca entri ni..aku kn sweettttt ^^


npk x "kesweetan" kami dalam pic di atas :p 

# klo nti jpe budak nama zara safiya bt Muhamad zhafri, 2 anak die la 2 ^^ kwn-kwn y laen, nti untuk kowg akan ade entri y laen..ni khas untuk sue, sb salu pnjm broadband die ;p happy reading! :)



Thursday, April 26, 2012

how lucky I am

Hari ni nita ade terbaca satu blog y cerita nye agak menarik minat nita untuk baca sume entry-entry die..almost all of her entry thun 2012 ni cte pasal boyfren and ex boyfren..dgr mst cm nth pape kn, mcm xd pape da nk cte..asyik-asyik boyfren..
but 1 thing y menarik nita baca blog die sb cerita die sedey ..and sbg seorang perempuan, nita mcm dpt rasa kesedihan die..

Tp disebalik sume 2, nita rasa bertuah sgt sb boyfren nita x mcm 2..
walaupun ktowg bercinta jarak jauh, jpe pn kdg-kdg sebulan skli, 3bulan skli, 4 bulan skali,
tp die xpnh berubah, die masih dgn nita lg smpai hari ni..
walaupun kdg-kdg nita ske majok sb die kdg-kdg bz dgn kwn-kwn la, bola la, rgbi la tp sbnrnye die mst cari mse ckt utk nita,bz mcm mne pn die mst text nita jgk w'pn kjp cuma nita jew kdg-kdg xsedar, ske sgt majok..
walaupun kdg-kdg nita ase geram sgt-sgt ng die, ase nk mara jew die sb die lgsg xpndai pujuk nita tp sbnrnye die la owg y paling penyabar ng perangai nita, tp nita xsdr..
walaupun kdg-kdg die ske mara nita smpi kdg-kdg nita ase terkongkong tp sbnrnye die bt mcm 2 sb die syg nita..die nk kn y terbaek tp kdg-kdg nita xhargai pn ape y die bt,lg nk mara die..
walaupun die salu buli nita, ckp nita gemok la, ape la, y kdg-kdg bt nita terasa ( nita ni sensitif ckt =.= ) tp sume 2 la y bt nita egt die, windu die salu..
walaupun kdg-kdg nita sje-sje bt die mara tp ktowg xpnh gdo lme-lme bcoz i know he gonna miss me for every single day..
walaupun nita tahu die ade knl kwn-kwn pmpn len, y ofkos jauh lg cantik dari nita, tp die ttp pilih dak comot cm nita ni,mst sb nita special di mata die kn ^^

Nita ske sgt ekt kn perasaan, kdg-kdg ske emo xbertempat smpi owg len y jd mangsa, xpnh nk jge hati owg len..tp die still ade dgn nita dgn sabarnye...bertuahnye nita ;)
perjalanan hidup die jauh lg..ramai lg owg y die akan jpe, pmpn y die akan knl, tp nita harap nita akan masih kekal dgn die, cipta masa dpn same-same dgn die..

For him : sometimes I dont realize how lucky I am to be yours. but truly deep into my heart I love you s0oo much.. I just wanna say that, I really need you..

Monday, April 9, 2012

my everything

Hundreds of stars in the pretty sky,
Hundreds of shells on the shore together,
Hundreds of birds that go singing by,
Hundreds of birds in the sunny weather,
Hundreds of dewdrops to greet the dawn,
Hundreds of bees in the purple clover,
Hundreds of butterflies on the lawn,
But only one mother the wide world over!




if only one thing I could ask from Him...
oh God! pls give me your bless to make my mum hepy,
she deserve it!