Click here for Myspace Layouts

Monday, August 20, 2012

dulu-dulu ..

Dulu-dulu, masa zaman budak-budak sampai la zaman sekolah menengah, tiap kali raya mesti stress..=.=
abah mesti ajak pusing-pusing  kampung, seriously satu kampung dekat kuala terengganu tu *tak ingat ape nama kampung tu 

masa tu abah cakap, selagi tak kahwin, anak-anak abah wajib kena ikut abah beraya..
and masa tu juga, aku,abang dengan kakak duk cakap bila laa agaknya boleh kahwin..tak sanggup da nak beraya macam ni..sangat penat...tapi abah sangat penting kan hubungan keluarga..
sekarang, aku sangat rindu kan time-time tu..rindu nak berkumpul satu family and beraya pusing-pusing satu kampung..da tak ingat bila agaknya kali terakhir kami satu family dapat berkumpul ramai-ramai ..masing-masing da ada family sendiri :( 
baru sedar kenapa abah sangat tekan kan hubungan keluarga dan berkumpul ramai-ramai antara kami adik beradik..

Dulu-dulu aku tak suka balik terengganu..
aku nak kampung yang cantik, tapi kampung aku.....*kalau berlari atas rumah confirm boleh runtuh
bilik air pun tak ada, makanan sedap-sedap tak ada, banyak nyamuk dan macam-macam binatang lagi ada..*tak lama lagi boleh jadi zoo 
tapi sekarang, da rindu nak balik sana..
kalaulaa arwah nenek dengan atuk ada lg..... :(

* manusia memang tak pernah menghargai apa yang ada..bila tak ada, baru rasa betapa penting nya semua tu..teruk nya nita ..


No comments:

Post a Comment