Sunday, June 24, 2012

happy birthday to me! :)



Hari ini genap umur nita 23 tahun! tapi nita nampak macam still 18 kn? muka babyface, nak buat macam mana  haha nita sangat perasan ^^
first time nita dapat kek pisang sempena hari jadi..sangat terharu..sikit lagi nak nangis :'(
dari sapa lagi kalau bukan dari housemate nita yang gila-gila tu..
seriously,nampak la keikhlasan diorang, I really appreciated it :D


ni la hadiah istimewa dari kawan-kawan nita ;p 
sayang korang ketat-ketat :)

then, my little sister and brother call, wish happy birthday, walaupun jauh di sana, dorang still ingat..mama dengan abah tak ingat macam biasa. kalau kat rumah pagi-pagi lagi nita da buat announcement ni  :D

hubby tetap lambat macam biasa. tak de la lambat sangat, lambat 4 minit, orang lain da wish dulu..
tapi tak pe, hadiah nanti nita claim ^^

for my best friend, memang tak pernah lupa birthday nita..love her t0ooo :)

# kalau hari-hari,hari jadi nita kan bagos :D







Thursday, June 21, 2012

happy for him


Good news for him and good news for me! 
boyfren tersayang da dapat keje..yeahhhhh :D
tapi sedih jugak, sebab dia tak dapat rasa jadi penganggur terhormat lama-lama kat rumah ^^
Alhamdullilah, baru habis belajar terus dapat keje..memang rezeki kam0oo la sayang..
congrates dear :)

# lepas ni da boleh kumpul duit nak kahwin laaa .. (gatai nya nita =.= )
happy for him :D





Tuesday, June 19, 2012

Stress


Semakin dekat dekat final exam, semakin malas..
wake up nita! 

# kalau la boleh lari jauh-jauh, tinggalkan semua masalah, segala assignment, exam, test, dan segala-segalanya, kn bagos. I need some entertainment :(

Wednesday, June 13, 2012

Harapan

Bila kita memiilih untuk bercinta bermakna kita telah bersedia untuk disakiti atau mungkin akan menyakiti.
walaupun kita tahu risiko yang bakal kita hadapi, tapi kita tetap memilih untuk bercinta..
mungkin bukan pilihan kita, perasaan ni datang dengan sendiri.

Susah nak digambarkan perasaan tu..
disebalik kegembiraan, rindu, sayang, terselit juga rasa takut, risau, dan sedih..
mungkin kerana perasaan takut kehilangan si dia.
mungkin juga salah diri sendiri kerana terlalu meletak harapan yang terlalu tinggi..
sesuatu yang tak dapat di duga =.=

Bukan kerana tidak percaya,
tapi kerana perasaan sayang yang semakin dalam..
serahkan semuanya pada takdir..
senang untuk mengungkapkan tapi kadang-kadang susah untuk merealisasikannya.

ikut hati mati, ikut rasa binasa.
segalanya sudah tertulis..
kita hanya mampu merancang, tetapi Tuhan yang menentukannya..
hanya mampu berdoa untuk mendapat kesudahan yang baik seperti yang kita rancangkan :)





SEGMEN: TINGKATKAN VISITOR DAN FOLLOWERS VERSI XTRA


join segmen 

Tuesday, June 12, 2012

far far away

Sekejapnya masa berlalu..
selepas 5 tahun..
dia da berjaya, dalam bidang medic maybe :)
ditemani seorang suami..
tapi aku masih lagi mencari dan mengejar sesuatu yang tidak pasti..
melihat kejayaan orang, malu dengan diri sendiri..
5 tahun lagi, 10 tahun lagi..
apa yang akan terjadi? 

Friday, June 8, 2012

wishlist

Perkara-perkara yang cik Nita Ali teringin nak buat ...

MAKAN

Alangkah nikmatnya dunia kalau nita dapat makan sepuas-puasnya makanan yang sedap-sedap tanpa mengira berat badan dan bajet untuk makan =.=


Ni asal nak makan je terpaksa kira duet dalam dompet dulu. lepas tu terpaksa kira berat badan yang naik bulan ni. semalam baru makan aiskrim magnum, rm3.90. ok, sekarang bajet da lari, nasib student di akhir-akhir sem macam ni la =.=  kalau la nita tak payah pikir semua ni alangkah bahagia nya..

SHOPPING

Alangkah bahagianya kalau dalam masa 1 hari nita dapat beli 3 pasang kasut, 10 helai baju, 4 handbag baru. beli shawl banyak-banyak, accessories cantik-cantik ..ada tak agak-agaknya hari macam tu ey? shopping without thinking anything. ada orang nak sponsor tak? =.=


SPA

Merehatkan diri sambil buat facial treatment, massage, manicure, pedicure, mandi susu,mandi bunga, mandi macam-macam larh! waaaaa, indahnya dunia ^^



SUZUKI SWIFT

Dapat pergi shopping, makan-makan sambil drive my dream car..  maybe kereta ni nanti nak mintak kt bakal suami, as a hantaran :D kereta yang kecik dan comel.sesuai untuk nita yang kecik dan comel juga,ok, sangat perasan kan nita.. :)



SHAHEIZY SAM

Yang ni kalau tak dapat pun tak pe, lau dapat tu rezeki namanya ^^ bukan apa pn, teringin nak pergi makan malam dengan sam..( macam la sam teringin nak makan malam dengan aku kikiki )
tapi ni kena mintak kebenaran dengan incik boyfren dulu la..hehe


ok, sekian :)

Wednesday, June 6, 2012

Beauty and the geek


Cik nita ali pergi dinner ^^





bersama kawan-kawan yang HOT!! 


tadaaaa, my classmates. sangat sporting, sangat best  :)

# kan best kalau ada duit banyak, banyak, banyak, boleh beli baju baru, semangat sikit nak pergi dinner :( 
* jangan macam ni ye nita  =.= bersyukur apa yang ada :)

Sunday, June 3, 2012

my dad my HERO

Orang cakap, ayah lebih susah nak lafazkan sayang, atau nak cakap sayang kan anak-anak dia berbanding dengan seorang ibu..
tapi, abah nita lebih selalu cakap sayang berbanding dengan mama.
mungkin mama lebih pandai tunjuk.macam tiap kali nak pergi mana-mana, cium mama tu memang wajib la.
kalau abah, maybe masa sekolah rendah atau masa budak-budak la kot cium abah kalau nak pergi mana-mana..
tapi bila dah besar ni, nita selalu je cium pipi abah :D
because i love u abah :)

mungkin abah tak tahu apa-apa. abah selalu tanya..

" keputusan exam nor ( nama manja nita ali ) ok tak?"

" ok, nor dapat dekan :D "

" dekan??? abah tak nak nor dapat dekan, abah nak semua dapat A.biar dapat 10A.belajar tu jangan main-main bla bla bla bla......."

" haaaaa???"

Tak pasal-pasal nita kena marah sebab dapat dekan, and mama mesti gelak-gelak time tu  =.= tapi lepas tu kalau abah tanya lagi result macam mana, nita mesti jawab semua subject dapat A hihihi.

Abah tak tahu dekan tu apa, pointer tu apa, cik CGPA, GPA tu apa. kadang-kadang cik nita ali ni pun tak tahu macam mana nak terang kan dekat abah. tapi  tak pe, niat abah nak tengok anak-anak dia dapat result yang ok :)

# abah cakap bila nor da kerja kena bagi abah atleast rm1000 sebulan. demi abah pape pun boleh lah..hehehe