Click here for Myspace Layouts

Sunday, June 3, 2012

my dad my HERO

Orang cakap, ayah lebih susah nak lafazkan sayang, atau nak cakap sayang kan anak-anak dia berbanding dengan seorang ibu..
tapi, abah nita lebih selalu cakap sayang berbanding dengan mama.
mungkin mama lebih pandai tunjuk.macam tiap kali nak pergi mana-mana, cium mama tu memang wajib la.
kalau abah, maybe masa sekolah rendah atau masa budak-budak la kot cium abah kalau nak pergi mana-mana..
tapi bila dah besar ni, nita selalu je cium pipi abah :D
because i love u abah :)

mungkin abah tak tahu apa-apa. abah selalu tanya..

" keputusan exam nor ( nama manja nita ali ) ok tak?"

" ok, nor dapat dekan :D "

" dekan??? abah tak nak nor dapat dekan, abah nak semua dapat A.biar dapat 10A.belajar tu jangan main-main bla bla bla bla......."

" haaaaa???"

Tak pasal-pasal nita kena marah sebab dapat dekan, and mama mesti gelak-gelak time tu  =.= tapi lepas tu kalau abah tanya lagi result macam mana, nita mesti jawab semua subject dapat A hihihi.

Abah tak tahu dekan tu apa, pointer tu apa, cik CGPA, GPA tu apa. kadang-kadang cik nita ali ni pun tak tahu macam mana nak terang kan dekat abah. tapi  tak pe, niat abah nak tengok anak-anak dia dapat result yang ok :)

# abah cakap bila nor da kerja kena bagi abah atleast rm1000 sebulan. demi abah pape pun boleh lah..hehehe

4 comments:

  1. wahh.. seribu sebulan.. dekan tu, dah tentu byk A.... kan kan kan.. lenkali awk ckp la ngan ayah awak bape A, sian ayah awak pening.. hehe

    ReplyDelete
  2. haha, x pasal2 kena marah dapat dekan =D

    ReplyDelete