Masih mengharapkan pelangi selepas hujan

 17 February 2025

5:01 PM

Rasanya dah beberapa tahun berlalu dari last entry aku dalam blog ni. Blog ni cuma lah luahan hati sendiri, dan aku tahu mungkin tiada orang pun yang baca. Blog ni mungkin akan jadi kenangan dalam setiap perjalanan hidup aku. 

Di tahun 2025, Alhamdulliah dikurniakan tiga orang anak yang comel dan sihat. Rezeki dari Allah, aku dapat merasa jadi seorang ibu kepada anak anak yang baik dan sihat. Jika di baca kisah kisah aku sebelum ni banyaknya tentang kisah hidup aku dan seorang lelaki yang kini sudah jadi suami dan pelengkap hidup aku. Benarlah kata orang, jika kita terlalu sayangkan sesuatu, Allah akan turunkan ujian dengan apa yang paling kita sayang. 

Dan pada tahun 2024, Allah uji aku dengan orang yang paling aku sayang. Aku tahu, Allah tidak akan uji hamba nya yang tidak mampu. Aku tahu aku mampu, mampu untuk melawan rasa sakit ni. Cuma semakin lama aku cuba lupakan, luka nya semakin dalam, sehingga tanpa sedar air mata dah tak mampu nak mengubat hati yang luka. 

Setiap yang terjadi semuanya sudah tertulis. Aku redha walaupun pahit. Tapi jauh di sudut hati aku kecewa, kecewa kerana dikhianati oleh insan yang paling aku sayang. Lelaki tu, bukan lagi lelaki yang sama aku kenal 15 tahun dulu. Susuk tubuh nya masih bersama aku, tapi pada pandangan mata aku, dia bukan lagi orang yang sama. 

Sakit nya ya Allah, bila kita hilang orang yang kita sayang, dan aku tahu, aku dah hilang dia walaupun diri dia masih ada bersama aku. 

Kini, aku masih mengharapkan pelangi selepas hujan. Walaupun pada akhirnya aku basah ditimpa hujan, aku masih berharap aku masih mampu menari di dalam hujan, dan aku boleh memegang kunci kebahagian aku sendiri, yang aku dah berikan pada orang lain sebelum ini. 


Cukuplah sampai disini, 

Seorang ibu yang sanggup berjuang untuk anak anaknya. 





Comments

Popular posts from this blog

Stress