Monday, August 20, 2012

dulu-dulu ..

Dulu-dulu, masa zaman budak-budak sampai la zaman sekolah menengah, tiap kali raya mesti stress..=.=
abah mesti ajak pusing-pusing  kampung, seriously satu kampung dekat kuala terengganu tu *tak ingat ape nama kampung tu 

masa tu abah cakap, selagi tak kahwin, anak-anak abah wajib kena ikut abah beraya..
and masa tu juga, aku,abang dengan kakak duk cakap bila laa agaknya boleh kahwin..tak sanggup da nak beraya macam ni..sangat penat...tapi abah sangat penting kan hubungan keluarga..
sekarang, aku sangat rindu kan time-time tu..rindu nak berkumpul satu family and beraya pusing-pusing satu kampung..da tak ingat bila agaknya kali terakhir kami satu family dapat berkumpul ramai-ramai ..masing-masing da ada family sendiri :( 
baru sedar kenapa abah sangat tekan kan hubungan keluarga dan berkumpul ramai-ramai antara kami adik beradik..

Dulu-dulu aku tak suka balik terengganu..
aku nak kampung yang cantik, tapi kampung aku.....*kalau berlari atas rumah confirm boleh runtuh
bilik air pun tak ada, makanan sedap-sedap tak ada, banyak nyamuk dan macam-macam binatang lagi ada..*tak lama lagi boleh jadi zoo 
tapi sekarang, da rindu nak balik sana..
kalaulaa arwah nenek dengan atuk ada lg..... :(

* manusia memang tak pernah menghargai apa yang ada..bila tak ada, baru rasa betapa penting nya semua tu..teruk nya nita ..


Wednesday, August 15, 2012

kempen berpakaian sopan di tempat awam

Nita telah di jemput untuk join kempen ini oleh azrul azmi .. 
nak join, sila klik nama beliau..
tajuk yang menarik tapi nita tak tahu nita layak atau tak nak join kempen ni..
nita dulu pun tak tutup aurat jugak.. =.=
terasa tak layak pulak nak tegur orang kalau diri sendiri pun tak sempurna..

nita bukan nak menulis apa yang nita tak puas hati, nasihat atau saranan kepada orang yang tak menutup aurat ( objektif kempen ni)..
nita anggap entry ni lebih kepada peringatan diri sendiri..

orang yang seksi macam mana pun, dalam diri dia mesti pernah terdetik untuk berubah..
mungkin diorang nak berubah tapi mungkin ada sebab yang menghalang perubahan ini..
mungkin mereka-mereka ni da biasa dengan cara pemakaian macam tu, tak tahu macam mana nak mula atau pengaruh kawan-kawan yang menghalang..
orang cakap kalau da terdetik dalam hati nak berubah, jangan tangguh-tangguh lagi.
hidayah Allah kita kena cari..

Once kita da berubah baru kita sedar betapa bodohnya kita dulu..
bila kita tak menutup aurat lelaki akan dengan selambernya pegang-pegang..
even dengan member-member lelaki yang biase pun dorang akan selamber jew peluk-peluk sume.
mungkin bagi lelaki perempuan seksi ni open minded..
yes! open minded, but for me..women need to be respected..
bila kita bertudung, kita akan lebih di hormati oleh kaum adam :)

Pada nita, kita tak boleh paksa suruh orang menutup aurat sepenuhnya.
semua tu dari hati..
kalau paksa mungkin akan bertahan 2 3 hari maybe..
mungkin kita boleh berdoa semoga lebih ramai dapat hidayah Allah..
pada yang masih belum bersedia untuk tutup aurat ni, mungkin boleh letak kan sedikit rasa hormat pada orang lain.jangan buat orang lain terseksa dengan pakaian anda ^^
buat apa cantik di mata manusia, kalau tak cantik di mata Allah :)




# nita sendiri pun masih banyak lagi y kena di perbaiki.. Sorry kepada penganjur kempen ni, nita da melalut-lalut. nita rasa nita da lari dari objektif dia =.=

dari hati

Bulan ramadhan tak lama lagi akan berlalu meninggal kan kita..
di pendekkan cerita, bulan ramadhan ni, dalam gembira ada sedih..
gembira sebab boleh duduk dekat and berbuka dengan incik bf, tapi sedih sebab kena puasa jauh dengan family..
rindu nak bersahur and berbuka kat rumah.. :(
salu kalau bulan puasa abah beli ayam golek..
tak dapat makan lagi bulan puasa ni * sedih sgt :'( 

mungkin ada hikmah kenapa nita kena ambil subjek ekonomi ni dua kali..
mungkin nak bagi nita peluang shopping raya dengan incik bf tahun ni..hihihi ( gediknya nita =.= )
balik rumah buat kuih raya untuk mama and shopping raya dengan mama pulak :D 

# nita mengidam nak makan ayam kfc tapi tak dapat lagi..balik nanti nak suro abah beli ayam golek, ayam tempayan and ayam goreng banyak-banyak!! yumm,yummm :D

Monday, August 6, 2012

Ramadhan 2012


Dua tahun lepas ramadhan aku di Swiss Garden Resort & Spa Kuantan..
tahun lepas ramadhan aku sibuk berkerja di Bazar ramadhan Taman kerang..
tahun ni ramadhan aku di UiTM Shah Alam..
tertanya-tanya di mana la ramadhan aku tahun depan..kalau umur masih panjang.....





# semakin dewasa, semakin takot kalau kena berjauhan dengan keluarga =.=