Click here for Myspace Layouts

Thursday, September 17, 2015

kenangan terindah - 28 Jun 2015

25 Jun 2015

Tiba-tiba keluar tanda pertama nak bersalin jam 11pagi dekat office. Keluar darah tapi tak sakit. Masa ni dah tak tahu nak buat ape. Tanya officemate, diaorang terus suruh balik. Tapi memikirkan kerja belum handover betul, duduk dulu dekat office, siapkan kerja and handover kerja betul-betul. Dah whapsapp hubby awal-awal, hubby dah ready untuk ambil dekat office. Buat kerja sampai pukul 4 ptg tak balik-balik lagi. hihi. Akhirnya pukul 4 balik, darah keluar sikit-sikit tapi nak ke petang da makin banyak. Larat lagi drive kereta sendiri balik umah. Malam pukul 10 baru pergi hospital. Mula-mula pergi hospital serdang, punya la ramai orang. Nurse dekat bahagian pendaftaran tu pun dah macam tak nak terima kitaorang. Dia suruh g hospital lain. Kalau nak tunggu dekat hospital tu pun kena tunggu dalam  6-7 jam baru dapat jumpa doktor. Dah orang tak nak terima, kitaorang pun pergilah ke hospital kajang. Baby ok je lagi duk dalam perut. Hihi 

Hospital kajang agak scary, sebab bangunan lama.Tapi tak yah tunggu. Sampai je terus nurse panggil untuk CTG check jantung baby. Lepas tu doktor datang, bukaan cuma 1cm. Agak kecewa disitu sebab ingatkan da nak bersalin rupanya baru 1cm. Mamanya dah tak sabar nak tunggu baby keluar. hihi. Doktor tanya nak terus masuk wad atau balik, mestila nak balik dulu. Tunggu sakit dekat rumah, kalau sakit baru datang hospital balik. Masa tu da fikir, memang bersalin dekat hospital kajang jela ni. Tu je pilihan yang ada, Nak g swasta sayang duit. hihi

26 Jun 2015

Masa bangun sahur, 5.00am tiba-tiba rasa air keluar sikit-sikit. Dah syak air ketuban tapi belum rasa sakit. Bangun siapkan makanan untuk hubby, tido balik buat tak tahu. hihi. Sampai ke pukul 1pm, duk tunggu-tunggu sakit tu datang tapi tak datang-datang. Air ketuban macam keluar sikit-sikit tapi xkerap, so biarkan je. Dah target bila sakit kuat baru nak pergi hospital. Pukul 2pm, da bosan menunggu, ajak hubby balik kuantan. Masa tu berdoa jela harap-harap tak bersalin tengah jalan. hihi. Doktor da larang jangan balik kuantan sebab bila-bila masa je baby akan keluar, tapi degil kan. Nasib baik selamat sampai kuantan.

27 Jun 2015

Bangun time sahur da start rasa contraction nya. Tapi tahan je dulu. Tangan pegang HP sebab nak kira contraction timer. Sampai tengah hari contraction dah 5 minit sekali. Tapi tak mau g hospital lagi, Nak tunggu berbuka, biar hubby berbuka dulu baru cadang nak g hospital. Lepas je berbuka terus ke hospital kuantan. Doktor cakap badan kurang air, CTG baby tak cantik. Bukaan 2cm, kena masuk wad malam tu juga. Tengah-tengah nak daftar masuk wad, air ketuban makin banyak keluar. Tiap kali contraction datang, air ketuban keluar. Sampai dekat wad, bagitahu doktor air ketuban bocor, Mase tu dah 4cm. Proses nak cek air ketuban bocor paling sakit ok. Tak sempat masuk wad, terus doktor masukkan ke labor room

28 Jun 2015

1.30am berjalan masuk labor room. Masih boleh tahan contraction. Doktor terus pecahkan air ketuban. Yang tak bestnya doktor paksa ambil ubat tahan sakit. Dah cakap tak nak, doktor tu suruh-suruh jugak. Akhirnya mengalah dan ambil ubat tu. Ubat tu buat aku mengantuk giler. Tapi sakit nya sama je, tak ada pun kurang. Jam 3.30pagi doktor masukkan ubat, untuk bagi cepat bersalin. Masa tu dah ready sebab orang cakap induce ni sakit. Tapi alhamdullilah sakit nya masih sama. Masih boleh tahan. Jam 4.30pagi dah rasa macam ada benda da keluar. Terus beritahu nurse, hubby pun masuk untuk bagi semangat. Sakitnya da makin menjadi-jadi cuma tenaga memang rasa tak de kesan mengantuk ubat tahan sakit tu. Kena push banyak kali jugak sebab tenaga xcukup. Akhirnya kuatkan semangat jam 5.23 pagi, aku dengar tangisan pertama baby yang aku tunggu-tunggu selama ni. Hilang segala rasa sakit. Alhamdullilah, proses bersalin aku mudah dan aku boleh tahan segala kesakitan tu. 

Hari pertama

2month+++
28 Jun 2015
5.23 pagi

Bermulalah kehidupan aku yang sangat indah
Indah Nur Rasyadah, permata hati mama dunia akhirat :)