Wednesday, October 31, 2012

Dear Diary..

Lately kepala sangat serabut dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya difikirkan. sebabkan bende-benda yang tak sepatutnya tu, membuatkan diri sendiri sakit hati, kecil hati, emosi tak tentu pasal dan sebagainya.. mungkin benda tu terjadi disebabkan perubahan hormon yang tidak stabil., atau mungkin juga aku sangat bosan time cuti so aku menghabiskan masa dengan memikirkan perkara-perkara yang tah pape.. 

Mood meng"update" blog pun semakin lama, semakin hilang..mungkin aku patut berhenti je dari dunia blogging ni..dan pembaca-pembaca blog aku akan bersedih..eh, macam kau hot je dalam dunia blogging ni kan, kikiki.. ;p 

Aku sebenarnya sangat stress dengan diri aku.seorang yang tak tetap pendirian..*bila kau nak berubah ni nita! da la tak tetap pendirian, pastu kadang-kadang sangat degil dan tak boleh terima pendapat orang lain. ok, disebabkan perangai tu, aku da menyusahkan diri sendiri, seriously! aku menjadi punca ke"stress"an aku. kalau aku diberi peluang, aku nak menjerit sekuat hati tapi tak tahu nk jerit kat mana. tengok dalam tv macam best kalau dapat jerit tepi pantai, tapi malu la pulak kalau nk jerit tepi pantai kn..sapa ada idea nak jerit kat mana boleh la share dengan aku..

Sekarang ni da masuk bulan november, bulan NOVEMBER ok! dan aku rasa aku da siakan banyak masa. menjadi lebih pemalas di semester akhir di Seri Iskandar. mungkin aku terlalu excited untuk meninggalkan bumi perak sampaikan aku abaikan banyak perkara. mungkin jugak aku da lupa yang CGPA aku cukup-cukup makan jew, da bergoyang-goyang tu tunggu masa nak jatuh je.. kalau jatuh mama da tak boleh bangga dengan aku ;'( aku akan sia-siakan masa aku 2tahun setengah belajar di perak tanpa dapat apa yang aku nak..OMG!! 


Apa yang salu aku fikirkan sekarang adalah macam mana nak kuruskan badan. mungkin kerana aku da tak tahan tengok perot aku yang berlipat-lipat macam kueh lipat..eh, ada ke kueh lipat? kerana aku tak dapat menahan nafsu makan aku terhadap ayam goreng menyebabkan badan aku pun tak lama lagi jadi macam ayam. =.= aku sangat berharap satu hari nanti aku akan dapat makan ayam goreng dengan banyaknya tanpa perlu memikirkan masalah gemok. 


Di usia 23 tahun, bila buka fb tengok kawan-kawan sekolah meng"update" pasal anak, pasal suami..duk sembang gigi anak da tumbuh belum, anak da boleh jalan belum, tapi aku hanya boleh menbayangkan jela rupa anak aku tu nanti macam mana..mungkin masa aku baru sibuk nak sembang sal gigi anak nak tumbuh kawan-kawan aku da sembang pasal nak anta anak kat sekolah mana,exam anak macam mana dan sebagainya.. aku lambat atau dowg yang cepat sangat???

# kehidupan seharian yang hambar kadang-kadang membuatkan aku bosan menjadi aku. bersyukur :)