Wednesday, May 30, 2012

hijrah

Kalau orang tanya, bila nak berubah aku mesti jawab, " bila da kahwin, insyaAllah "
da plan da nak kahwin nanti nak pakai gaun cantik-cantik, yang seksi-seksi..
bila tengok orang rambut cantik,sangat jeles, aku pun g saloon jugak..tengok orang pakai short skirt, nak pakai jugak..tak tahu la apa nak jadi masa tu..
padahal aku lahir dalam keluarga yang cukup dengan ilmu agama..
mama dengan abah, da bagi cukup ilmu agama dekat aku..
salah aku yang tak tahu nak pikir masa tu :(

bila baca cerita artis-artis yang da berubah pakai tudung ni, aku pun ada cerita aku..
seriously, kerana satu mimpi, berbulan-bulan hati aku tak tenang..
dalam mimpi tu, aku mimpi aku da mati...macam real sangat..
tempat tu gelap sangat, sempit..
nak nangis tak boleh, nak jerit pun tak boleh..
tak tahu macam mana nak cerita perasaan tu..
masa tu aku cuma harap aku ada satu je lagi peluang untuk hidup..
aku tak nak mati lagi..
syukur sangat aku masih hidup..

sejak dari tu, hati jadi tak senang..
banyak kali aku cuba halau jauh-jauh perasaan tu..yela, mainan tido jew kan..
tapi tak boleh..
masa tu terpikir nak berubah, tapi aku tak tahu macam mana nak mula..
aku da lama da tak pakai tudung, tudung pun tak ada..
macam-macam aku pikir, nanti kalau tiba-tiba pakai tudung, kawan-kawan cakap apa pulak.
tapi aku kuat kan hati.mula-mula tu ada la jugak orang cakap-cakap, perli-perli sebab tiba-tiba pakai tudung, tp akhirnya aku berjaya :)
bila niat betol-betol ikhlas kerana-Nya, ibadat yang lain pun akan lebih terjaga..

sekarang hati jadi lebih tenang, dan rasa lebih selamat bila bertudung..
da tak ada da pakai seksi-seksi, cara pandangan orang pun da lain
patutla orang cakap, lelaki lebih hormat perempuan yang jaga aurat..thanks Allah.. :D

tapi banyak lagi kelemahan aku..
pakai tudung tapi kadang-kadang baju masih lagi tak sesuai..( nak buat macam mana, dulu jahil sangat mana pernah beli baju sopan-sopan, sekarang kn da problem =.= )
semua tu akan di improve kn..insyaAllah.

aku pernah terbaca, ibadat orang yang tidak menutup aurat, tidak akan diterima,betol ke macam tu?
tak tahu la berapa banyak da dosa-dosa yang lepas..
sekarang pun aku masih banyak lagi kelemahan..
banyak lagi dosa yang aku buat antara sedar atau tak..

bila difikir-fikir balik,
aku tak sangka yang aku akan berubah secepat ni..
tapi aku tahu semua ini sebab Allah masih sayangkan aku..
doa mama da termakbul :D
nak tahu something tak?
sekarang mama selalu puji nita. thanks mama..yang penting mama happy :D

# cerita ni sekadar berkongsi pengalaman  :)

2 comments:

  1. bagus lah kalau nita dah berubah ke arah kebaikan.. sebenarnya bg korn lah, kalau dah ade terdetik dalam hati nak berubah, seeloknya berubah saat tu jugak.. kita tak boleh nak postpone ke satu jangka masa di tetapkan.. sebabnya, bila tiba masa tu nanti, tak mustahil masa tu kita akan postpone lagik dgn mcm2 alasan...

    btw, korn tag nita utk satu segmen ni.
    http://arjunapopkorn.blogspot.com/2012/05/segmen-cik-mun-komer-tanyer-cik-mun.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk lg nita nk kena ubah..thx sb sudi baca and tag nita untuk segmen 2 ^^

      Delete