Blog ni makin lama makin da bersawang. Aku dah tak ada masa nak tengok. follower blog pun tinggal secebis dua je. hihi. Tapi sekurang-kurang nya banyak kenangan aku yang tersimpan dalam blog ni. Bila baca balik, mula lah tersengih sorang sorang. :D
Tahun 2018
Tahun baru bagi aku yang sekarang dah bergelar ibu kepada dua orang anak. How time flies. Masa aktif berblog dulu, masa zaman muda mudi anak dara lagi. Sekarang dah tak ada masa nak mengadap komputer.
Alhamdullilah, kehidupan yang semakin bahagia dengan kehadiran sepasang cahaya mata penyeri hidup aku. Masih bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai HR executive. Kekadang terfikir sampai bila aku nak kerja dekat sini. Apa yang Allah SWT da tetapkan pada aku. Sejujurnya cita-cita aku masih belum tercapai. Diusia yang dah nak masuk 30 tahun ni, aku masih belum nampak apa yang aku perlu buat. Buat masa sekarang cukuplah teruskan dengan kehidupan, jadi ibu dan isteri yang baik. Semoga suatu hari nanti impian aku akan tercapai.
Anak aku yang sulung, Indah dah nak masuk 3 tahun. Tak lama lagi dah nak sekolah. Tak dapat nak gambarkan macam mana perasaannya bila dapat tengok anak membesar depan mata. Terima kasih Ya Allah. Indah dah pandai merajuk, dah pandai protes, dah pandai nak tunjuk perasaan dia. Semoga Indah akan membesar menjadi anak yang baik dan kakak yang baik pada adik adik.
Anaqi, anak aku yang kedua. Saat aku menulis ni, anaqi baru nak masuk 10 bulan. Alhamdullilah. Semoga anaqi juga membesar dengan baik. Sekarang baru tahu penatnya menguruskan dua orang anak.
Suami? Alhamdullilah, aku dikurniakan suami yang baik. Tak pernah berubah dari awal perkenalan kami masa umur aku 20 tahun. Keluarga mertua pun sangat baik. Cuma salah aku yang kadang kadang tak pandai nak beramah mesra.
Benarlah kata orang, kadang Allah SWT tak bagi apa yang kita nak, tapi dia bagi apa yang kita perlukan. Sentiasalah bersyukur.
Cukup lah sampai sini, mungkin tahun depan pulak aku buka blog ni. hihi
No comments:
Post a Comment