Wednesday, June 13, 2012

Harapan

Bila kita memiilih untuk bercinta bermakna kita telah bersedia untuk disakiti atau mungkin akan menyakiti.
walaupun kita tahu risiko yang bakal kita hadapi, tapi kita tetap memilih untuk bercinta..
mungkin bukan pilihan kita, perasaan ni datang dengan sendiri.

Susah nak digambarkan perasaan tu..
disebalik kegembiraan, rindu, sayang, terselit juga rasa takut, risau, dan sedih..
mungkin kerana perasaan takut kehilangan si dia.
mungkin juga salah diri sendiri kerana terlalu meletak harapan yang terlalu tinggi..
sesuatu yang tak dapat di duga =.=

Bukan kerana tidak percaya,
tapi kerana perasaan sayang yang semakin dalam..
serahkan semuanya pada takdir..
senang untuk mengungkapkan tapi kadang-kadang susah untuk merealisasikannya.

ikut hati mati, ikut rasa binasa.
segalanya sudah tertulis..
kita hanya mampu merancang, tetapi Tuhan yang menentukannya..
hanya mampu berdoa untuk mendapat kesudahan yang baik seperti yang kita rancangkan :)





5 comments:

  1. betul tu. kena bersedia sentiasa supaya bila terasa kesakitannya, kita masih mampu berdiri.

    From,

    Nasz

    MOHD NASER.COM

    ReplyDelete
  2. Namapon perasaan... kalau melibatkan perasaan ni susah... parah jadi nya

    ReplyDelete
  3. setiap insan dikurniakan perasaan..
    perasaan yang mampu dikawal dengan baik akan mematangkan kita..

    ReplyDelete