Blog ni makin lama makin da bersawang. Aku dah tak ada masa nak tengok. follower blog pun tinggal secebis dua je. hihi. Tapi sekurang-kurang nya banyak kenangan aku yang tersimpan dalam blog ni. Bila baca balik, mula lah tersengih sorang sorang. :D Tahun 2018 Tahun baru bagi aku yang sekarang dah bergelar ibu kepada dua orang anak. How time flies. Masa aktif berblog dulu, masa zaman muda mudi anak dara lagi. Sekarang dah tak ada masa nak mengadap komputer. Alhamdullilah, kehidupan yang semakin bahagia dengan kehadiran sepasang cahaya mata penyeri hidup aku. Masih bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai HR executive. Kekadang terfikir sampai bila aku nak kerja dekat sini. Apa yang Allah SWT da tetapkan pada aku. Sejujurnya cita-cita aku masih belum tercapai. Diusia yang dah nak masuk 30 tahun ni, aku masih belum nampak apa yang aku perlu buat. Buat masa sekarang cukuplah teruskan dengan kehidupan, jadi ibu dan isteri yang baik. Semoga suatu hari nanti impian ak...
17 February 2025 5:01 PM Rasanya dah beberapa tahun berlalu dari last entry aku dalam blog ni. Blog ni cuma lah luahan hati sendiri, dan aku tahu mungkin tiada orang pun yang baca. Blog ni mungkin akan jadi kenangan dalam setiap perjalanan hidup aku. Di tahun 2025, Alhamdulliah dikurniakan tiga orang anak yang comel dan sihat. Rezeki dari Allah, aku dapat merasa jadi seorang ibu kepada anak anak yang baik dan sihat. Jika di baca kisah kisah aku sebelum ni banyaknya tentang kisah hidup aku dan seorang lelaki yang kini sudah jadi suami dan pelengkap hidup aku. Benarlah kata orang, jika kita terlalu sayangkan sesuatu, Allah akan turunkan ujian dengan apa yang paling kita sayang. Dan pada tahun 2024, Allah uji aku dengan orang yang paling aku sayang. Aku tahu, Allah tidak akan uji hamba nya yang tidak mampu. Aku tahu aku mampu, mampu untuk melawan rasa sakit ni. Cuma semakin lama aku cuba lupakan, luka nya semakin dalam, sehingga tanpa sedar air mata dah tak mampu nak meng...
Comments
Post a Comment